
“Doktor hanya buka dan tutup saja. Mereka tidak boleh buat apa-apa sebab sel kanser dah merebak ke hempedu dan hati,” katanya. SEL kanser pankreas sangat mudah merebak ke organ lain seperti hempedu dan hati. DR. SHAHROL AZMI Ketika diasak pertanyaan bagaimana beliau boleh mendapat penyakit tersebut, Shukery sendiri tidak pasti apa punca kanser yang dihidapinya itu. “Doktor pun belum dapat mengenal pasti punca, mungkin faktor pemakanan tetapi ia belum dapat dipastikan lagi,” katanya. Akibat kanser itu juga, beliau kurang selera makan dan berat badannya turun mendadak sejak dua bulan lalu. “Saya hilang 14 kilogram dalam masa dua bulan. Doktor nasihatkan saya supaya banyak berehat dan kembalikan selera makan supaya ada tenaga untuk lawan penyakit ini,” katanya. Dia yang sebelum ini pernah mengalami masalah jantung tetap mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam apabila berkelapangan dan tidak merokok. Shukery yang kini sedang berehat di rumahnya memberitahu beliau akan memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). “Buat masa ini saya masih berbincang dengan doktor mengenai rawatan susulan di PPUKM. Saya juga tidak menolak rawatan alternatif untuk berubat. Asal ada peluang dan jalan untuk menyembuhkan penyakit ini, insya-Allah saya akan cuba,” katanya. Mengakhiri perbualan bersama Jurnal pagi itu, Shukery sempat merakamkan penghargaan di atas keprihatinan dan sokongan daripada keluarga dan semua kenalannya. “Saya amat berterima kasih atas bantuan dan sokongan yang dihulurkan. Saya juga tidak putus berdoa agar saya terus diberi kekuatan dan kecekalan untuk menghadapi kesukaran dan boleh sihat seperti dulu,” ujarnya. Membunuh secara senyap Menurut Pakar Bedah Am, Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Shahrol Azmi Mohd. Yasin, Shukery Hashim menghidap kanser pankreas yang tipikal di mana setiap penghidap mengalami situasi yang sama dari segi simptom dan lewat dikenal pasti.
Sekiranya pesakit mendapat jaundis, ia adalah petanda yang membolehkan kanser dirawat pada tahap awal. Mungkin sel kanser masih kecil dan belum merebak. Jelas beliau lagi, kanser jenis ini merupakan salah satu kanser yang agresif dan insiden kanser ini semakin bertambah di kebanyakan negara.
Penemuan(Kosmo Online 5Mei2009)
MANDI peluntur dan morning sickness ada kebaikannya? Ikuti ruangan Penemuan hari ini untuk jawapannya.
Mandi peluntur pulihkan ekzema
PELUNTUR pakaian yang dicairkan pada paras tertentu menjadi kaedah rawatan paling mudah, murah dan selamat bagi penyakit ekzema di kalangan kanak-kanak.
![]() |
| |
Sepasukan penyelidik penyakit kulit dari Sekolah Perubatan Universiti Northwestern, Chicago, membuktikan penggunaan setengah penutup peluntur yang dicampur ke dalam tab mandi standard mampu memulihkan penyakit tersebut sebanyak lima kali ganda berbanding rawatan biasa dengan pemantauan doktor.
EKSTRA: Menurut kajian Dr. Raynard Kington dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), perubahan dalam gen memberi impak yang cukup besar dalam perkembangan autisme pada diri seseorang, termasuk sel otak.
Kod bar DNA halang jangkitan
KETUA penyelidik dari Universiti Ghana, Profesor Daniel Boakye mendedahkan terdapatnya jalinan DNA yang bertindak sebagai cap jari untuk mengenal pasti dan seterusnya menghalang penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti lymphatic filariasis atau untut.
![]() |
| |
EKSTRA: Saintis mendakwa berjaya mencipta cip mikro bagi mengesan penyakit malaria dalam tempoh beberapa minit dengan meletakkan sampel darah di atas cip mikro tersebut.
Bahaya pembersih pengilat kuku
PENTADBIRAN Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mendapati sesetengah pembersih pengilat kuku boleh menyebabkan ruapan kimia dan kini ditarik semula dari pasaran. Produk kecantikan ini yang tidak menepati piawaian kesihatan mengundang bahaya pada jari seperti kelecuran.
![]() |
| |
EKTRA: Ubatan Procrit dan Aranesp bagi merawat pesakit kanser serta melawan kepenatan akibat anemia dikatakan boleh mengakibatkan darah beku yang serius serta kematian.
Morning sickness jadikan bayi lebih pintar
BAYI yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami alahan pagi atau morning sickness berkembang menjadi kanak-kanak lebih pintar berbanding ibu yang tidak mengalami muntah atau loya.
![]() |
| |
Kajian Pengarah Program Ibu Berisiko di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit, Toronto, Dr. Gideon Koren mendapati pencapaian dan perkembangan bayi yang ibunya tidak mengalami morning sickness adalah lebih perlahan.
EKSTRA: Menurut Journal of Pediatrics, loya dan muntah ketika hamil merupakan petanda kandungan yang sihat serta mengurangkan risiko keguguran.
rencana@nstp.com.my
"HATI ibu mana yang tidak hiba setiap kali melihat anak bongsu kesayangan merengek kesakitan kerana menghidap penyakit kulit mengelupas.
"Dengan umur semuda itu, dia masih belum memahami penderitaan yang dialami kami sekeluarga. Namun, saya dan suami reda kerana semua ini mungkin ujian Allah untuk menguji ketabahan hamba-Nya," luah Salmiah Abdul Rahman, 40, dari Kampung Siput, Baling, Kedah.
Menurut Salmiah, anak bongsunya itu, Mohd Irshad Azizan, setahun 10 bulan, menderita sakit kulit mengelupas sejak berumur enam bulan.
Sudah puas dia dan suami mendapatkan rawatan moden serta berubat cara tradisional, tetapi penyakit anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda pulih.
Katanya, kulit anaknya akan mengelupas dengan teruk apabila panas dan berpeluh.
"Setiap kali panas dan berpeluh, Mohd Irshad akan menangis tidak henti-henti. Untuk memujuknya, saya dan suami terpaksa bergilir-gilir menggosok badannya.
"Kadang-kadang sampai semalaman kami tidak tidur kerana dia menjerit tidak selesa, sakit dan gatal. Lebih teruk, apabila badannya terkena air, dia juga akan menangis kerana kesakitan," katanya yang pernah membawa anaknya mendapatkan rawatan di beberapa hospital termasuk Hospital Baling dan Hospital Sungai Petani.
Suaminya, Azizan Yusof, 50, berkata, selain berusaha mengumpul wang bagi mengubati Mohd Irshad, dia juga perlu bekerja untuk memastikan persekolahan tiga daripada lima anaknya tidak terjejas.
Dia yang bekerja sebagai buruh di Majlis Daerah Baling berkata, penyakit anaknya itu menyebabkan isterinya tidak dapat bekerja dan terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada Mohd Irshad.
Azizan berkata, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengubati anaknya, tetapi keadaannya masih tidak berubah.
"Anak saya hanya menyusu ibu dan tidak selera untuk makan nasi atau makanan lain. Ia menyebabkan badannya tidak membesar seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.
"Saya dan isteri tidak pernah berputus asa malah akan terus berusaha untuk mengubati penyakitnya.
"Kami sekeluarga merayu, jika ada mana-mana pihak yang arif mengenai penyakit berkenaan supaya dapat membantu merawat penyakit anak saya ini," katanya penuh harapan.
Anak sulung pasangan ini, Mohd Izwan, 22, kini bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur untuk membantu mencari wang bagi menampung perbelanjaan rawatan adiknya, manakala Nur Atiqah, 17 serta Nur Afifah, 14 kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Mohd Izzad, 9, pula belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar.
Anak keduanya, Nur Atiqah sebelum ini memperoleh 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dua tahun lalu manakala Nur Afifah memperolehi 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Mereka yang ingin membantu keluarga Salmiah dan Azizan untuk merawat penyakit anaknya, boleh menghubungi talian 019-5659444.
IRSHAD menghidap penyakit kulit bersisik sejak berusia enam bulan.KESIHATAN
Kulit bersisik tidak berjangkit
Satu kes dalam 300,000 kelahiran menjadikan penyakit ini unik.
"DIPEGANG salah, didukung salah. Yang dia mahu ialah badannya sentiasa sejuk dan digaru selalu," luah Azizan Mohd. Yusof, 50, dari Kampung Siput, Baling, Kedah, mengenai anaknya, Irshad, dua tahun, yang menghidap sejenis penyakit kulit kronik sejak berumur enam bulan.
Malah setiap kali anaknya itu menangis kerana pedih akibat peluh, hati Azizan dan isteri diruntun pilu. Apatah lagi melihat anggota badan permata hati mereka itu penuh dengan kepingan kulit yang mengelupas.
Bukannya sedikit, bahkan setiap inci tubuh anaknya itu, dari hujung kepala ke hujung kaki, mengelupas hingga menegangkan struktur permukaan kulitnya.
Menurut Pakar Runding Genetik Kanak-kanak, Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Choy Yew Sing, penyakit kulit bersisik yang berpunca daripada faktor genetik itu amat jarang berlaku.
"Ichthyosis terjadi dalam satu daripada 300,000 kelahiran. Ia melibatkan gen pesakit yang bermutasi," kata doktor pakar yang merawat Irshad ini.
Yew Sing berkata, perubahan genetik yang berlaku secara spontan atau menerusi salasilah keluarga merupakan antara punca penyakit ini.
Beliau menambah, penyakit berkaitan genetik amat kompleks. Simptomnya juga mungkin atau tidak muncul langsung sewaktu dilahirkan.
"Secara mudahnya, ada sesetengah Ichthyosis dilahirkan bersama-sama pesakit seperti kes Irshad ini," katanya. Beliau, bagaimanapun, berkata, penyakit ini tiada kaitan dengan bangsa, jantina atau umur seseorang.
Keadaan pesakit akan bertambah parah seandainya mereka mempunyai alergi terhadap sesuatu seperti makanan atau persekitaran.
DR. CHOY YEW SING
Namun, Pakar Runding Dermatologi, Dr. Koh Chuan Keng menjelaskan, kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu.
"Ia adalah penyakit yang perlu ditanggung seumur hidup. Maksudnya, tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya. Namun dengan penggunaan krim dan pendedahan kepada cahaya matahari secara berperingkat, pengelupasan kulit tersebut dapat dikurangkan," katanya.
Tambah Chuan Keng, disebabkan gen yang mengawal pengelupasan kulit ini bermutasi, permukaan kulit menjadi kering dan mengelupas pada kadar abnormal.
Secara normalnya, kulit manusia adalah hidup dan diperbaharui dengan 'gugur' secara semula jadi dalam kitaran proses selama 14 hari.
Bagi pesakit Ichthyosis, proses itu tidak mengikut kitaran tersebut. Ia terbentuk dengan lebih pantas dan banyak berbanding keupayaannya untuk 'gugur'.
"Justeru, kulit mengelupas, seolah-olah bersisik serta kering menjadi lumrah pada pesakit Ichthyosis ini," katanya.
Jelas Chuan Keng lagi, salah satu fungsi kulit adalah mengawal suhu dalaman. Namun begitu, bagi pesakit Ichthyosis, mereka menjadi lebih sensitif terhadap perubahan suhu sejuk dan panas.
Secara tidak langsung, suhu panas yang melampau merupakan masalah utama mereka. Malah keadaan boleh menjadi lebih serius apabila pesakit ini terlibat atau berada di dalam keadaan yang membuatkan mereka berpeluh walaupun sedikit.
"Dengan keadaan cuaca dan persekitaran yang tidak menentu, keadaan kulit pesakit akan menjadi lebih parah tanpa penggunaan krim pelembap seperti emolien," katanya yang turut menegaskan Ichtyosis bukan penyakit berjangkit.
PESAKIT kulit bersisik menjadi lebih sensitif terhadap perubahan suhu sejuk dan panas.
- Satu daripada empat orang di Malaysia akan menghidap penyakit kronik/kanser
- 40,000 kes baru kanser setahun
- 3,000,000 rakyat Malaysia mengidap Obeseti.
- Pada 1996 seramai 800,000 orang mengidap kencing manis yang mendedahkan indidvidu kepada sakit jantung, mati pucuk dan angin ahmar.
- -Statistik sumber berita
| Petikan Berita Harian: .Pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor “power plant”. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri. * air merupakan sumber mutlak yang diperlukan oleh semua makhluk hidup * faktor yang mempengaruhi kualiti air - oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen) - Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) - zat padat terlarut - pH - suhu * pencemaran fizikal - ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan - disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang merupakan pencemaran terapung mahupun pencemaran tersuspensi seperti tanah, kotoran manusia dan haiwan * pencemaran kimia - disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak - disebabkan oleh senyawa organisma pada insektisida, fungisida dan herbisida - disebabkan oleh buangan industri yang mengandungi garam beracun dan tumpahan minyak di laut * pencemaran fisiologis - bau dan rasa tidak enak - disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan * pencemaran biologi - disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin ~sumber Wikipedia Petikan Berita Harian Air RO selamat diminum, tapi kurang mineral KUALA LUMPUR: Air Osmosis Songsang (RO) yang dijual di pasaran sekarang adalah air bersih yang selamat diminum tetapi kurang kandungan mineral. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ini kerana sebanyak 70 hingga 90 peratus mineral dan bahan larut dalam air telah dikeluarkan semasa melalui proses RO. Walaupun kandungan mineral RO berkurangan tetapi air tersebut perlu memenuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan, katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menjawab soalan Teng yang mempertikaikan kehadiran air suling yang langsung tidak mempunyai kandungan mineral di pasaran, Abdul Latif berkata mereka yang secara berterusan minum air suling tanpa minum air lain akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh. Katanya ini kerana semua bahan pepejal, bahan larut dan bahan mineral telah dikeluarkan semasa proses penghasilan air suling. Kepada soalan Baharum Mohamad (BN-Sekijang), beliau berkata pengguna tidak perlu terpengaruh dengan gimik produk air yang mendakwa mengandungi lebih oksigen. Katanya ini kerana pengguna sudahpun mendapat bekalan oksigen mencukupi di dalam udara yang mengandungi 21 peratus bahan itu. Mengenai masalah kekurangan doktor di negara ini, Abdul Latiff berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti melantik semula doktor yang telah bersara yang mempunyai rekod khidmat cemerlang. Langkah lain ialah menggunakan khidmat doktor swasta secara bermusim, menambah kuota mahasiswa perubatan, mengambil doktor bukan warganegara secara kontrak dan menambah insentif kerjaya pegawai perubatan, katanya menjawab soalan Datuk Richard Riot Jaem (BN-Serian). Petikan Berita Harian "Sebaik-Baik Air Di Muka Bumi Ialah Air Zam-Zam", Ibnu Abbas Khasiat Air Zam-Zam Dr Zaini Ujang Berita Harian SETIAP jemaah haji dan umrah di Makkah terbiasa dengan air zamzam. Air zamzam sunat diminum selepas selesai mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah. Malah, sepanjang berada di Makkah, setiap tetamu Allah tidak jemu menghirup kesegaran air zamzam. Airnya jernih dan menyegarkan, apa lagi ketika dahaga dan kepenatan mengerjakan tawaf dan saie. Air zamzam punya hikmah, keajaiban, sejarah dan kemuliaannya tersendiri. Bagi ahli profesional pengurusan air seperti saya, kewujudan, sumber dan kualiti air zamzam amat menakjubkan. Tidak ada air setanding air zamzam di bumi ini dari segi sumber dan kualitinya, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas, "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zamzam". Sejarah air zamzam bermula seawal sejarah Makkah, kira-kira 4,000 tahun lalu. Selepas Nabi Ibrahim AS meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya di bumi Makkah yang gersang, Allah memancarkan mata air zamzam dari hentakan kaki Nabi Ismail AS yang masih kecil. Peristiwa itu berlaku dalam keletihan Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari sumber air. Dalam konteks haji dan umrah, amalan saie seharusnya mengingatkan jemaah kisah Hajar dan Nabi Ismail AS itu. Selain syiar Islam, amalan saie juga perlu dianggap sebagai sinonim dengan fitrah insaniah yang memerlukan sumber utama kehidupan, iaitu air. Hakikatnya air zamzam adalah anugerah Allah kepada jemaah haji dan umrah supaya menyedari hakikat keinsanan dan proses pembersihan jiwa. Pada saat air zamzam mula memancar maka bermulalah satu penempatan besar yang akhirnya menjadi pusat umat Islam sepanjang zaman. Jarak telaga zamzam hanya kira-kira 20 meter ke timur Kaabah, tempat paling suci bagi umat Islam. Sejak dulu, perigi zamzam tetap terpulihara, menyediakan sumber air kepada setiap pengunjung Makkah. Istilah zamzam sendiri bermakna 'berhenti mengalir', iaitu ucapan Hajar ketika cuba membina empangan kecil menakung air zamzam yang melimpah-ruah keluar dari perut bumi. Perigi zamzam pernah pupus pada zaman Jurhum, tetapi digali semula oleh Abdul Mutalib, nenda Nabi Muhammad SAW. Ketika zaman pemerintahan Abasiyyah di bawah Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (771 M / 145 H), kubah dibina melindungi telaga zamzam. Pada 1417M (802H), ketika pemerintahan Mamluk, Masjidil Haram terbakar sehingga turut memusnahkan kubah telaga zamzam. Kerja baik pulih dilakukan sepanjang zaman. Pada era moden, kerja baik pulih dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada 1915 (1300H). Sejak 1956 pam elektrik mula digunakan. Ketika ini, jumlah jemaah hají dan umrah menjangkau jutaan setiap tahun. Oleh itu, struktur baru dibina untuk memudahkan perjalanan ibadat tawaf. Jemaah tidak lagi berpeluang melihat perigi zamzam. Pemantauan dan operasi telaga zamzam dijalankan oleh Pusat Kajian dan Penyelidikan Zamzam (PKPZ), sebuah agensi di bawah Jabatan Kaji Bumi Saudi. Dari segi hidrogeologi, telaga zamzam termasuk dalam Wadi Ibrahim. Bahagian atas telaga zamzam adalah aluvium berpasir diperkukuhkan dengan batuan dan konkrit. Antara aluvium dan dasarnya wujud batuan poros yang mengalirkan air. Air zamzam terhasil menerusi air larian kawasan sekitarnya. PKPZ sudah menjalankan pelbagai kajian untuk menganalisis ciri telaga dan air zamzam. Paras airnya dipantau menggunakan hidrograf berdigital dan sebahagian parameter kualiti air dipantau secara berterusan. Biasanya paras air 3.23 meter di bawah paras permukaan. Ujian pengepaman pada 8,000 liter sesaat selama 24 jam menunjukkan paras air menurun kepada 12.72 meter. Apabila pam dihentikan, air zamzam kembali naik ke paras 3.9 meter dalam tempoh 11 minit saja. Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa telaga zamzam bersambung dengan akuifer dari gunung-ganang sekitar Makkah. Umat Islam percaya bahawa air zamzam adalah kurnia dan rahmat Allah. Air zamzam menghilangkan dahaga dan kelaparan. Itulah sebabnya jemaah umrah dan haji disunatkan meminum air zamzam sepuasnya. Dari segi saintifik, air zamzam bersifat alkali. Itu sebabnya air zamzam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Kandungan mineral seperti kalsium, magnesium dan florida juga tinggi. Begitu juga iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potasium menyebabkan air zamzam bersifat nutritif berbanding sumber air lain. Itulah hikmah dan kemujaraban air zamzam. Namun, keajaiban paling ketara ialah keupayaan telaga zamzam mengalirkan air tanpa henti, menampung keperluan jiwa dan jasad jutaan jemaah haji dan umrah yang sentiasa dalam kehausan. Ketulenan dan khasiatnya tidak terjejas biarpun setiap jemaah meminum air zamzam sepuasnya, malah membawa bekalan pulang. Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah profesor kejuruteraan alam sekitar di Universiti Teknologi Malaysia. |










