Info Semasa
  • Satu daripada empat orang di Malaysia akan menghidap penyakit kronik/kanser
  • 40,000 kes baru kanser setahun
  • 3,000,000 rakyat Malaysia mengidap Obeseti.
  • Pada 1996 seramai 800,000 orang mengidap kencing manis yang mendedahkan indidvidu kepada sakit jantung, mati pucuk dan angin ahmar.
  • -Statistik sumber berita   
 BERITA PENCEMARAN AIR
Petikan Berita Harian:
.Pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air.

Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor “power plant”. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri.

    * air merupakan sumber mutlak yang diperlukan oleh semua makhluk hidup
    * faktor yang mempengaruhi kualiti air
          - oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen)
          - Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
          - zat padat terlarut
          - pH
          - suhu
    * pencemaran fizikal
          - ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan
          - disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang merupakan pencemaran terapung mahupun pencemaran tersuspensi seperti tanah, 
             kotoran manusia dan haiwan
    * pencemaran kimia
          - disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak
          - disebabkan oleh senyawa organisma pada insektisida, fungisida dan herbisida
          - disebabkan oleh buangan industri yang mengandungi garam beracun dan tumpahan minyak di laut
    * pencemaran fisiologis
          - bau dan rasa tidak enak
          - disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan
    * pencemaran biologi
          - disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin
~sumber Wikipedia

Petikan Berita Harian
Air RO selamat diminum, tapi kurang mineral
KUALA LUMPUR: Air Osmosis Songsang (RO) yang dijual di pasaran sekarang adalah air bersih yang selamat diminum tetapi kurang kandungan mineral.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ini kerana sebanyak 70 hingga 90 peratus mineral dan bahan larut dalam air telah dikeluarkan semasa melalui proses RO.

Walaupun kandungan mineral RO berkurangan tetapi air tersebut perlu memenuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan, katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Teng yang mempertikaikan kehadiran air suling yang langsung tidak mempunyai kandungan mineral di pasaran, Abdul Latif berkata mereka yang secara berterusan minum air suling tanpa minum air lain akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh.

Katanya ini kerana semua bahan pepejal, bahan larut dan bahan mineral telah dikeluarkan semasa proses penghasilan air suling.

Kepada soalan Baharum Mohamad (BN-Sekijang), beliau berkata pengguna tidak perlu terpengaruh dengan gimik produk air yang mendakwa mengandungi lebih oksigen.

Katanya ini kerana pengguna sudahpun mendapat bekalan oksigen mencukupi di dalam udara yang mengandungi 21 peratus bahan itu.

Mengenai masalah kekurangan doktor di negara ini, Abdul Latiff berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti melantik semula doktor yang telah bersara yang mempunyai rekod khidmat cemerlang.

Langkah lain ialah menggunakan khidmat doktor swasta secara bermusim, menambah kuota mahasiswa perubatan, mengambil doktor bukan warganegara secara kontrak dan menambah insentif kerjaya pegawai perubatan, katanya menjawab soalan Datuk Richard Riot Jaem (BN-Serian). 
Petikan Berita Harian
"Sebaik-Baik Air Di Muka Bumi Ialah Air Zam-Zam", Ibnu Abbas
Khasiat Air Zam-Zam
Dr Zaini Ujang
Berita Harian
SETIAP jemaah haji dan umrah di Makkah terbiasa dengan air zamzam. Air zamzam sunat diminum selepas selesai mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah. Malah, sepanjang berada di Makkah, setiap tetamu Allah tidak jemu menghirup kesegaran air zamzam.

Airnya jernih dan menyegarkan, apa lagi ketika dahaga dan kepenatan mengerjakan tawaf dan saie.

Air zamzam punya hikmah, keajaiban, sejarah dan kemuliaannya tersendiri. Bagi ahli profesional pengurusan air seperti saya, kewujudan, sumber dan kualiti air zamzam amat menakjubkan.



Tidak ada air setanding air zamzam di bumi ini dari segi sumber dan kualitinya, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas, "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zamzam".

Sejarah air zamzam bermula seawal sejarah Makkah, kira-kira 4,000 tahun lalu. Selepas Nabi Ibrahim AS meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya di bumi Makkah yang gersang, Allah memancarkan mata air zamzam dari hentakan kaki Nabi Ismail AS yang masih kecil.

Peristiwa itu berlaku dalam keletihan Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari sumber air. Dalam konteks haji dan umrah, amalan saie seharusnya mengingatkan jemaah kisah Hajar dan Nabi Ismail AS itu.

Selain syiar Islam, amalan saie juga perlu dianggap sebagai sinonim dengan fitrah insaniah yang memerlukan sumber utama kehidupan, iaitu air. Hakikatnya air zamzam adalah anugerah Allah kepada jemaah haji dan umrah supaya menyedari hakikat keinsanan dan proses pembersihan jiwa.

Pada saat air zamzam mula memancar maka bermulalah satu penempatan besar yang akhirnya menjadi pusat umat Islam sepanjang zaman. Jarak telaga zamzam hanya kira-kira 20 meter ke timur Kaabah, tempat paling suci bagi umat Islam.

Sejak dulu, perigi zamzam tetap terpulihara, menyediakan sumber air kepada setiap pengunjung Makkah. Istilah zamzam sendiri bermakna 'berhenti mengalir', iaitu ucapan Hajar ketika cuba membina empangan kecil menakung air zamzam yang melimpah-ruah keluar dari perut bumi.

Perigi zamzam pernah pupus pada zaman Jurhum, tetapi digali semula oleh Abdul Mutalib, nenda Nabi Muhammad SAW. Ketika zaman pemerintahan Abasiyyah di bawah Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (771 M / 145 H), kubah dibina melindungi telaga zamzam.

Pada 1417M (802H), ketika pemerintahan Mamluk, Masjidil Haram terbakar sehingga turut memusnahkan kubah telaga zamzam. Kerja baik pulih dilakukan sepanjang zaman. Pada era moden, kerja baik pulih dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada 1915 (1300H).

Sejak 1956 pam elektrik mula digunakan. Ketika ini, jumlah jemaah hají dan umrah menjangkau jutaan setiap tahun. Oleh itu, struktur baru dibina untuk memudahkan perjalanan ibadat tawaf. Jemaah tidak lagi berpeluang melihat perigi zamzam.

Pemantauan dan operasi telaga zamzam dijalankan oleh Pusat Kajian dan Penyelidikan Zamzam (PKPZ), sebuah agensi di bawah Jabatan Kaji Bumi Saudi. Dari segi hidrogeologi, telaga zamzam termasuk dalam Wadi Ibrahim.

Bahagian atas telaga zamzam adalah aluvium berpasir diperkukuhkan dengan batuan dan konkrit. Antara aluvium dan dasarnya wujud batuan poros yang mengalirkan air. Air zamzam terhasil menerusi air larian kawasan sekitarnya.

PKPZ sudah menjalankan pelbagai kajian untuk menganalisis ciri telaga dan air zamzam. Paras airnya dipantau menggunakan hidrograf berdigital dan sebahagian parameter kualiti air dipantau secara berterusan.

Biasanya paras air 3.23 meter di bawah paras permukaan. Ujian pengepaman pada 8,000 liter sesaat selama 24 jam menunjukkan paras air menurun kepada 12.72 meter. Apabila pam dihentikan, air zamzam kembali naik ke paras 3.9 meter dalam tempoh 11 minit saja. Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa telaga zamzam bersambung dengan akuifer dari gunung-ganang sekitar Makkah.

Umat Islam percaya bahawa air zamzam adalah kurnia dan rahmat Allah. Air zamzam menghilangkan dahaga dan kelaparan. Itulah sebabnya jemaah umrah dan haji disunatkan meminum air zamzam sepuasnya.

Dari segi saintifik, air zamzam bersifat alkali. Itu sebabnya air zamzam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Kandungan mineral seperti kalsium, magnesium dan florida juga tinggi. Begitu juga iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potasium menyebabkan air zamzam bersifat nutritif berbanding sumber air lain. 

Itulah hikmah dan kemujaraban air zamzam. Namun, keajaiban paling ketara ialah keupayaan telaga zamzam mengalirkan air tanpa henti, menampung keperluan jiwa dan jasad jutaan jemaah haji dan umrah yang sentiasa dalam kehausan.

Ketulenan dan khasiatnya tidak terjejas biarpun setiap jemaah meminum air zamzam sepuasnya, malah membawa bekalan pulang. 

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah profesor kejuruteraan alam sekitar
di Universiti Teknologi Malaysia.

0 comments:

Post a Comment